Advance Pact Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor untuk pemasangan piping dan sensor bagi projek penyelidikan untuk sistem Water Purification Systems, Reverse Osmosis di Unit Hemodialisis Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.

Mesyuarat dan lawatan tapak kali pertama yang melibatkan Advance Pact sebagai kontraktor telah diadakan pada 23 Jun 2022 bersama dengan pihak hospital, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK, KKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Medivest Sdn Bhd. Beberapa mesyuarat susulan dilaksanakan secara fizikal dan “video conference” bagi memastikan kelancaran projek.

Objektif projek ini dijalankan bertujuan membangunkan teknologi menggunakan aplikasi Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT) dan cloud computing sebagai usaha pemodenan sistem pemantauan penyelenggaraan yang lebih proaktif dan bersepadu.

Pemasangan dilaksanakan bermula 26 Ogos 2022 sehingga 28 Ogos 2022 oleh pekerja teknikal yang terdiri daripada Shahrul Izwan Abdul Talib (Head, Dialysis Specialty Unit), Muhammad Nur Rafaie Zamri (Junior Engineer, Dialysis (Mechanical)) dan Anang Shahid Sulaiman (Engineer,Dialysis Equipment Specialist).

Turut terlibat dalam proses kerja-kerja pemasangan ini adalah Mohd Haizad Salim (Senior Engineer, Technical), Noraziarwani Ibrahim (Manager Operation, Region Area A), Siti Rabiatul Hafizah Seman (Senior Technician – Supervisor) dan pekerja teknikal Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim.