"Defining New Vision For Life and Technology"

Lawatan ke Pusat Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas

 

PUCHONG, 15HB OKTOBER 2012 - Yayasan di bawah Advance Pact Sdn Bhd, Yayasan Amanah Perdana Malaysia atau dikenali sebagai Yayasan AP telah mengadakan program amal / kebajikan iaitu Corporate Sosial Responsibility (CSR) yang bertempat di Pusat Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong.  Pusat ini diasaskan oleh Pn Muji bt Sulaiman dan menempatkan 55 orang-orang tua serta 14 pembantu.

Program di mulakan dengan sesi penyerahan cenderahati kepada penghuni Al-Ikhlas, kemudian diteruskan dengan sesi beramah mesra dengan penghuni, menemani mereka makan tengahari, solat Zohor berjemaah, mengemas dan  membuat penyelenggaraan ke atas 3 mesin oksigen. Yayasan AP  turut menyerahkan sumbangan berupa makanan serta ubat-ubatan kepada  penghuni pusat jagaan tersebut.

Adalah diharapkan, melalui program ini akan timbulnya kesedaran terhadap golongan yang terpinggir dan tersisih dari keluarga. Walau dengan masa yang sangat terhad, kami berharap para penghuni rasa terhibur dan dapat mengurangkan rasa kesepian mereka. Kami mendoakan agar insan-insan ini terus dilindungiNya, dirahmatiNya dan diberikan kesihatan yang baik… Amin..

 

 

 

Free Counters

TOTAL PAGE VIEW
Last update 02.12.2013