"Defining New Vision For Life and Technology"

Majlis Pecah Tanah Pusat Rehabilitasi PERKESO

 

MELAKA, 23 MAC 2012 - Majlis Pecah Tanah Pusat Rehabilitasi PERKESO telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka bersama YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Bandar Hijau Hang Tuah Jaya, Melaka. Pusat Rehabilitasi PERKESO yang terletak di dalam kawasan Bandar Hijau, di Mukim Durian Tunggal, Alor Gajah telah memulakan kerja pembinaan pada September 2011 dan dijangka siap pada September 2013.

Advance Pact Sdn Bhd telah dilantik untuk projek ini sebagai Perunding Perancang dan Perolehan Peralatan Perubatan dan juga Perunding Perancang dan Perolehan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Pusat ini dibangunkan di atas tanah berkeluasan 55 ekar yang bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan mesra Orang Kurang Upaya (OKU), merangkumi;

1. 1 unit 3 tingkat pejabat pentadbiran
2. 1 unit 1 tingkat dewan kafetaria pekerja
3. 1 unit 3 tingkat rehabilitasi perubatan
4. 1 unit 4 tingkat asrama dan dewan makan
5. 1 unit 2 tingkat rehabilitasi vokasional
6. 1 unit 1 tingkat surau
7. 1 unit 3 tingkat pusat latihan kesihatan

Melalui penubuhan pusat ini PERKESO dapat meningkatkan mutu penyampaian faedah pemulihan kepada orang berinsurans dan menyediakan kemudahan rawatan pemulihan komprehensif bagi mempastikan orang berinsurans dapat kembali berdikari dan kembali semula ke alam pekerjaan dengan cepat dan selamat dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi masyarakat dan negara.

 

 

 

 

 

 

Free Counters

TOTAL PAGE VIEW
Last update 02.12.2013